Saturday, September 29, 2012

Posting untuk yahoo group mahligai


Asslmkum wrb. & selamat lebaran buat semua warga mahligai. Saya rasa semua masih dalam suasana beraya di bulan Syawal yang mulia bulan kemenangan buat kita semua umat Islam. 

Mohon maaf kerana tidak menulis kerana sibuk dengan tugasan kerja..

Di sini saya ingin memberikan sedikit review untuk 2 kategori motosikal yang saya rasa berpatutan harganya dan 'alah membeli, menang memakai'.

1. Suzuki Shogun Axelo 125

Haha, jenama Suzuki agak janggal kerana saya percaya majoriti rakyat Malaysia lebih memilih jenama Honda atau Yamaha sekiranya memilih untuk membeli motorsikal kategori 'underbone'. Antara model Yamaha yang popular ialah LC135 (ramai yang menjadikan LC135 sebagai benchmark untuk motorsikal kategori underborne di Malaysia kerana kehebatan pecutan bagi keluaran LC135 batch yang pertama) dan bagi jenama Honda, ramai yang meyakini model EX5 100 (batch yang pertama taq line high power, kini taq line dream) dikatakan EX5 100 sebagai model paling jimat. Tetapi dengan populariti model Belang 150R yang sedang meningkat naik, nama Suzuki disebut-sebut oleh generasi kini.  

Tapi ingin saya nyatakan di sini Shogun Axelo 125 adalah motorsikal terbaik dalam kelasnya.
Ciri istimewa - 'engine balancer' membuatkan motorsikal ini hampir 85% kurang gegaran dan getaran dari enjin sewaktu ditunggang berbanding jenama yang lain. Benar, untuk tunggangan bawah 100km, memang best dan tidak akan berlaku 'sakit-sakit badan atau lenguh' kerana keberkesanan 'engine balancer' ini.   
Handling - memang best, bila ditunggang dalam keadaan jalan naik, turun bukit serta menempuhi laluan yang penuh selekoh dan berliku sambil angin kencang, Shogun Axelo 125 masih stabil.
Penyerap hentak di hadapan & belakang jenama Showa dan brek cakera dari jenama Nissin menjadi 'standard factory fit' untuk motorsikal ini. Rim sukan jenama Enkei buatan Jepun untuk roda depan & belakang.
Walaupun kelajuan purata yang diperolehi sekitar 95km - 115km, odometer adalah 'acurate' jika disukat dengan GPS. Sebab bila dalam kelajuan 80km - 90km sudah rasa laju. Kelajuan santai, 70km - 80km.
Untuk makluman, alat gantian untuk motorsikal Suzuki model Shogun Axelo ini agak sukar handak dicari barangan tiruan berbanding jenama motorsikal lain dipasaran.
Suzuki Shogun Axelo ini dicipta untuk ketahanan. Di Indonesia telah dilakukan tunggangan 100 jam tanpa henti (5 hari 4 malam) dan enjin masih memberikan prestasi yang optima tanpa kehadiran bunyi-bunyian yang ganjil selepas tempoh itu.
Menurut kawan saya yang pernah bekerja dengan Suzuki Malaysia memberitahu sebelum model ini dijual, tempoh 1 tahun ujian tunggangan telah dilakukan oleh pihak Suzuki Prai bagi memastikan 'end user' mendapat produk Suzuki terbaik.        

2. Kawasaki KIPS KRR ZX150

Model ini semakin popular di kalangan anak muda ibu kota. Mungkin model keluaran pertama KIPS tidak memberansangkan kena hujung tahun 1990an model-model seperti Yamaha TZM 150 & Honda NSR150RR lebih diberi perhatian dan diminati kerana rupa bentuknya seperti motorsikal lumba di litar berbanding rupa bentuk KIPS yang kurus dan langsing.

Rahsianya kejayaan model terkini Kawasaki KRR ZX150 terletak pada sistem Super KIPS nya. Dari sistem KIPS (Kawasaki Integrated Power valve System) yang ada pada model KR150A, bermula dengan model KR150F atau ZSR dan seterusnya, Kawasaki telah menaiktaraf sistem KIPS sedia ada kepada Super KIPS iaitu menambah 1 lagi ‘power valve’ (injap kuasa) kepada 2.

Dengan sistem injap kuasa yang telah dinaik taraf ini memberikan tenaga akselerasi yang hebat  dan seronok untuk ditunggang apabila bukaan power valve yang berfungsi pada 7000 RPM.

Sistem injap kuasa KIPS/Super KIPS juga berbeza dan jauh lebih baik berbanding dengan injap kuasa yang ada pada motorsikal jenama lain. Ini adalah kerana binaannya yang terus pada enjin (susah hendak rosak) dan tidak memerlukan external electronic coil untuk menghidupkannya berbanding sistem injap kuasa Aprilia RS, Yamaha TZM, Honda NSR mahupun Cagiva Mito yang memerlukan external electronic coil untuk menghidupkan power valve ini.

Penggunaan minyak juga boleh dibanggakan di mana jarak sejauh 26km dapat dicapai dengan 1 liter minyak petrol pada kelajuan malar 120km - 130km sejam. Untuk isian 1 liter minyak 2T, Kawasaki KRR ZX150 boleh pergi sejauh 1000km.
         

No comments: