Asslmkum wrb. & selamat lebaran buat semua warga mahligai.
Saya rasa semua masih dalam suasana beraya di bulan Syawal yang mulia bulan
kemenangan buat kita semua umat Islam.
Mohon maaf kerana tidak menulis kerana sibuk dengan tugasan
kerja..
Di sini saya ingin memberikan sedikit review untuk 2 kategori
motosikal yang saya rasa berpatutan harganya dan 'alah membeli, menang
memakai'.
1. Suzuki Shogun Axelo 125
Haha, jenama Suzuki agak janggal kerana saya percaya majoriti
rakyat Malaysia lebih memilih jenama Honda atau Yamaha sekiranya memilih untuk
membeli motorsikal kategori 'underbone'. Antara model Yamaha yang popular ialah
LC135 (ramai yang menjadikan LC135 sebagai benchmark untuk motorsikal kategori
underborne di Malaysia kerana kehebatan pecutan bagi keluaran LC135 batch yang
pertama) dan bagi jenama Honda, ramai yang meyakini model EX5 100 (batch yang
pertama taq line high power, kini taq line dream) dikatakan EX5 100 sebagai
model paling jimat. Tetapi dengan populariti model Belang 150R yang sedang
meningkat naik, nama Suzuki disebut-sebut oleh generasi kini.
Tapi ingin saya nyatakan di sini Shogun Axelo 125 adalah
motorsikal terbaik dalam kelasnya.
Ciri istimewa - 'engine balancer' membuatkan motorsikal ini hampir
85% kurang gegaran dan getaran dari enjin sewaktu ditunggang berbanding jenama
yang lain. Benar, untuk tunggangan bawah 100km, memang best dan tidak akan
berlaku 'sakit-sakit badan atau lenguh' kerana keberkesanan 'engine balancer'
ini.
Handling - memang best, bila ditunggang dalam keadaan jalan naik,
turun bukit serta menempuhi laluan yang penuh selekoh dan berliku sambil angin
kencang, Shogun Axelo 125 masih stabil.
Penyerap hentak di hadapan & belakang jenama Showa dan brek
cakera dari jenama Nissin menjadi 'standard factory fit' untuk motorsikal
ini. Rim sukan jenama Enkei buatan Jepun untuk roda depan & belakang.
Walaupun kelajuan purata yang diperolehi sekitar 95km - 115km,
odometer adalah 'acurate' jika disukat dengan GPS. Sebab bila dalam kelajuan
80km - 90km sudah rasa laju. Kelajuan santai, 70km - 80km.
Untuk makluman, alat gantian untuk motorsikal Suzuki model Shogun
Axelo ini agak sukar handak dicari barangan tiruan berbanding jenama motorsikal
lain dipasaran.
Suzuki Shogun Axelo ini dicipta untuk ketahanan. Di Indonesia
telah dilakukan tunggangan 100 jam tanpa henti (5 hari 4 malam) dan enjin masih
memberikan prestasi yang optima tanpa kehadiran bunyi-bunyian yang ganjil
selepas tempoh itu.
Menurut kawan saya yang pernah bekerja dengan Suzuki Malaysia
memberitahu sebelum model ini dijual, tempoh 1 tahun ujian tunggangan telah
dilakukan oleh pihak Suzuki Prai bagi memastikan 'end user' mendapat produk
Suzuki terbaik.
2. Kawasaki KIPS KRR ZX150
Model ini semakin popular di kalangan anak muda ibu kota. Mungkin
model keluaran pertama KIPS tidak memberansangkan kena hujung tahun 1990an
model-model seperti Yamaha TZM 150 & Honda NSR150RR lebih diberi perhatian
dan diminati kerana rupa bentuknya seperti motorsikal lumba di litar berbanding
rupa bentuk KIPS yang kurus dan langsing.
Rahsianya kejayaan model terkini Kawasaki KRR ZX150 terletak pada
sistem Super KIPS nya. Dari sistem KIPS (Kawasaki Integrated Power valve System)
yang ada pada model KR150A, bermula dengan model KR150F atau ZSR dan
seterusnya, Kawasaki telah menaiktaraf sistem KIPS sedia ada kepada Super KIPS
iaitu menambah 1 lagi ‘power valve’ (injap kuasa) kepada 2.
Dengan sistem injap
kuasa yang telah dinaik taraf ini memberikan tenaga akselerasi yang hebat dan seronok untuk ditunggang apabila bukaan power
valve yang berfungsi pada 7000 RPM.
Sistem injap kuasa KIPS/Super KIPS juga berbeza dan jauh lebih
baik berbanding dengan injap kuasa yang ada pada motorsikal jenama lain. Ini
adalah kerana binaannya yang terus pada enjin (susah hendak rosak) dan tidak
memerlukan external electronic coil untuk menghidupkannya berbanding sistem
injap kuasa Aprilia RS, Yamaha TZM, Honda NSR mahupun Cagiva Mito yang
memerlukan external electronic coil untuk menghidupkan power valve ini.
Penggunaan minyak juga boleh dibanggakan di mana jarak sejauh 26km dapat dicapai dengan 1 liter minyak petrol pada kelajuan malar 120km - 130km sejam. Untuk isian 1
liter minyak 2T, Kawasaki KRR ZX150 boleh pergi sejauh 1000km.