Hari tu seperti biasa aku datang bekerja.. Selepas punch card, aku pun masuk dan duduk di mejaku sambil menghadap komputer di jabatan tempat aku bertugas.. Selepas mengelamun beberapa ketika, aku mula menekan huruf-huruf di keaboard dan memeriksa e-mel..
Tak tahan dengan aircond hospital yang terlampau kuat, aku menarik langsir dan membuka tingkap.. Sekurang-kurangnya rasa sejuk aircond tu dapat dikurangkan sedikit..
Pukul 9 pagi.. Aku ke pejabat pentadbiran hospital atas satu urusan..
Balik dari pejabat aku mendapati ada seorang gadis berbaju kurung hijau sedang mencetak risalah menggunakan mesin riso milik jabatan tempatku bertugas..
"Eh, siapa pulak ni..". Hatiku tertanya-tanya.. "Ah biarlah.. Barangkali kerani baru Unit Kualiti atau Unit Pendidikan Lanjutan agaknya.. Biarlah dia..". Aku terus melakukan tugasan yang telah diamanahkan kepadaku..
Esoknya seperti biasa aku datang kerja.. Gadis semalam datang lagi ke jabatan tempat aku bertugas untuk menggunakan mesin riso.. Kali ini ku lihat dia bercakap-cakap dengan Jamal rakan sekerjaku..
Seperti biasa aku memeriksa e-mel kalau-kalau ada tugasan rasmi yang perlu diberi perhatian segera.. Selepas memeriksa e-mel aku meneruskan kerja-kerja semalam yang masih belum siap.. Semasa aku menggunakan komputer tersebut aku merasakan seperti gadis itu seolah-olah asyik menoleh dan memerhatikanku.. Maklumlah kedudukan mesin riso tu betul-betul di belakang tempat aku menggunakan komputer ini..
Rasa agak kurang selesa aku berpaling dan cuba memandang ke arahnya.. dan cepat-cepat Dia memalingkan mukanya ke arah lain.. Dalam hati ini pun berdetik.. "Ishh... Dia ni minat kat aku ke?".
Aku terus melakukan tugasanku dengan bantuan komputer.. Dia datang kepadaku meminta bantuan kerana mesin riso tiba-tiba berhenti mencetak.. Sambil bercakap-cakap dengannya aku memeriksa mesin riso yang terdapat di jabatanku itu.. Oh, rupa-rupanya ruang master yang telah digunakan telah penuh.. setelah mengosongkan ruang tersebut akhirnya mesin riso meneruskan tugasnya untuk mencetak kertas-kertas... Dia mengucapkan terima kasih kepadaku.. Dan aku menjawab sama-sama..
Dalam hatiku sudah berdetik sesuatu.. Ok jugak Dia ni..
Siap mencetak risalah-risalah yang diperlukan Dia pun balik ke jabatan tempat Dia bertugas..
Aku mendapat tahu dari Jamal bahawa Dia kerani baru di Unit Kualiti..
Selepas waktu rehat aku ke Unit Kualiti untuk membuat photostat memandangkan mesin photostat milik jabatanku telah rosak.. Mesin photostat Jabatan Pendidikan Lanjutan juga tidak dapat digunakan kerana telah kehabisan dakwat pencetak..
Aku mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang bertugas di Unit Kualiti kerana membenarkan aku menggunakan mesin photostat..
Sekali aku terpandang gambar Dia di Carta Organisasi Unit Kualiti.. Aku bertanyakan jururawat di Unit Kualiti.. Ooo jadi Unit Kualiti sudah dapat kerani tetap menggantikan kerani sementara rupa-rupanya.. namanya Nurfadilah Hashim..
Hari ini aku datang lagi bertugas seperti biasa.. Dalam pukul 10 pagi lebih Dia datang dan meminta kepadaku untuk menggunakan komputer tengah yang aku selalu gunakan.. Dia nak pakai printer colour.. Aku cakap boleh, pakai lah sementara aku menggunakan komputer di sebelahnya..
Nak dijadikan cerita isteriku datang ke jabatan tempat aku bertugas.. Sambil berdiri di sebelahku isteriku bertanya rehat nanti nak makan kat mana..
Alamak.. Kantoilah aku.. Tahulah Dia yang aku dah kawin...
Bagi aku orangnya tidak lah cun sangat tapi sempoi la..
Kalau Dia (Nurfadilah Hashim) membaca apa yang aku taipkan ini.. Inginku katakan.. Bukan saya tak minat kat awak.. Tapi saya dah kawin..
Friday, June 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
quote dari ym aku....
(11:09:57 AM) mshjohorean: biasaler
(11:10:13 AM) mshjohorean: sbb belum kahwin org anggap takder pengalaman
(11:10:28 AM) mshjohorean: dah kahwin kira dah ada experience
(11:10:30 AM) mshjohorean: atau
(11:10:34 AM) mshjohorean: ko je yg perasan kot
kakakakaka
Post a Comment