Tuesday, September 16, 2008

Ciri-ciri / spesifikasi PC / komputer anda tahun 2020 nnti..

Ciri-ciri / spesifikasi PC / komputer anda tahun 2020 nnti..

Intel VT (Virtualization Technology) PentiumZ 28000.66 GHz SDHT (Super Duper Hyper Threading-capable) Extreme Edition (pentium edisi terkini tahun 2020 selepas habis edisi PentiumD, PentiumE, PentiumF, PentiumG, PentiumH, PentiumI….PentiumV, PentiumW, PentiumX, PentiumY…)
Intel (VT) PentiumZ 28000.66 GHz SDHT Extreme Edition delivers an extra powerful gear when you need it. Dgn pentiumZ 28000.66 GHz SDHT Extreme Edition membolehkan PC anda melakukan lebih 2000 program / application secara serentak..

RAM – Kingston KVR667D2N5K2/2G HyperX Memory 100,000 GB of RAM FB-DIMM (Fully Buffered Dual Inline Memory Module) FB-DIMMs represent the next-generation server memory technology that is currently being standardized by JEDEC (RAM kelajuan melampau / paling laju gila babas) belum logon masuk Windows PC anda dah shutdown :)

HDD - Seagate Momentus Barracuda 7200.10 ST3750640AS 18,000,000 GB SATA Roti Prata Hard Drive (cakera keras) dgn 18 juta GB ruang storan, inilah kuasa simpanan data sebenar (kalau stor kat rumah anda dah penuh barang-barang) yg dah tak muat tu boleh masuk.. simpan kat dlm ni..

A MUST READ FOR ANYONE yang nak balik kampung

INGATAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN

Sebagaimana kita tahu dan sedari, setiap kali tiba musin perayaan khususnya Aidilfitri, statistik kemalangan maut di Malaysia secara otomatik akan meningkat dengan mendadak.. saya sebagai salah seorang rakan cyber anda terlebih dahulu mengingatkan anda semua

"BERHATI-HATILAH SEMASA MEMANDU / MENUNGGANG SEMASA PULANG KE KAMPUNG"..

-pastikan kereta / motosikal anda telah diservis
-semua part dlm keadaan sempurna untuk berfungsi..

bagi yg menunggang motosikal
- jgn lupa pakai riding gears yg sesuai (helmet/fullface/topi keledar, glove, jaket, pelindung mata dan boot/kasut tak kira perjalanan anda hanya 10 minit ataupun 10 jam..
- berhati-hati dengan pemandu 4 tayar
- jika menunggang motor waktu malam jangan lupa pakai vest yg ada pantulan cahaya demi keselamatan nyawa anda dan ingat lah org tersayang.
- jika hari hujan jgn tunggang laju

-tunggang/pandu secara berhemah...remember speed kills... Full alert...
-dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan (utk perjalanan yg melebihi satu jam)
-bertolak lebih awal (mengelakkan terburu-buru)
-kelajuan amat penting semasa di jalan/lebuhraya.. jgn terlaju laju atau terlalu perlahan.. pastikan bersesuaian
-berhenti rehat seketika jika merasa letih menunggang/memandu (selepas 2 jam menunggang/memandu tumpuan kita sudah hilang)

Last sekali...lesen, roadtax dan insurans...belum "expired"

SEMOGA KITA SEMUA SELAMAT BALIK KAMPUNG DAN KEMBALI KE KUALA LUMPUR..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
maaf zahir batin

Best regards,
Syahril.

Wednesday, August 06, 2008

Blackberry 8707v


kat internet byk org nak jual yg 2nd.. tgh tunggu offer paling best.. aku nak sambaq satu..

Wednesday, July 30, 2008

28 Julai - 1 Ogos 2008

Minggu yg sibuk bg aku.. Nak updated blog pun aku x berapa sempat.. Ada beberapa cerita menarik nnti aku tulis..

Friday, July 18, 2008

Suatu hari di tahun 2002

Kejadian ni berlaku masa aku mula-mula bekerja dulu..

“alamak, 15 minit lagi pukul 8.. Mie cepat bangun Mie, kita dah terlewat nak pergi kerja ni”. “Hoh, doh nak pukul 8 ko.. hei mung masuk bilik air dulu”, jerit teman serumahku dan sepantas kilat aku masuk bilik air dan terus mandi.

Selepas mandi ala kadar 3 cebuk air, aku pun segera keluar dan memberikan giliran bilik air kepada teman serumah ku itu. Dan aku pun terus memakai uniform kerja ku dan bergegas mencapai kunci motor kapchai aku tu.. “Mie cepat Mie”, jeritku mengingatkan teman serumahku sambil membuka kunci di bahagian depan motor.. sebaik sahaja enjin motor ku hidupkan, aku pun terus menunggang meninggalkan rumah flat Nuri menuju ke hospital tempat aku bekerja.

Sampai di hospital aku memasuki basement tempat parking kereta.. “Eh, kenapa tak banyak kereta parking kat sini hari ni”. Aku mula merasa hairan.

Aku berkejar naik ke aras 3 untuk mengetik kad perakam waktu. “Asslmkum kak” aku memberi salam kepada seorang kakak pengawal keselamatan yang menunggu di kaunter laluan masuk ke bilik bersalin. Dia menjawab salamku sambil memandangku.

Aku terus berkejar ke tempat mesin ‘punch card’. Sebaik sahaja melewati bahagian pejabat dan ‘main lobby’ aku terus kehairanan “Eh, kenapa semua klinik tutup hari ni?”

Tiba-tiba terlintas di fikiran ku “Eh, hari ni cuti ke?”

Aku mencapai telefon bimbit dan mula mendail nombor telefon teman serumah ku “Asslmkum Mie, hari ni cuti ke?” “Hoh, mung tunggu apo lagi.. Balik la..”.

Aku mula tersenyum sendirian “Laa.. hari ni cuti Nuzul Quran rupanya Ya Allah”.

Sebaik sahaja sampai di rumah kami masing-masing ketawa berdekah-dekah.

Kalau teringat aku pun mesti rasa nak ketawa :)

Friday, July 04, 2008

Rokok


Merokok bukanlah satu perbuatan yang bermanfaat.


Tidak ada orang ucap Bismillah sebelum hisap rokok dan ucapkan Alhamdulillah lepas habis hisap.

Tidak ada orang makan nasi dalam tandas, tetapi ramai orang merokok dalam tandas malah sambil..

Tidak ada perokok pasif yang cuba sedut-sedut asap rokok yang dihembus, mesti depa cuba tahan nafas atau tutup hidung.

Perokok berbau wangi? Erk...

Perokok lelaki menghadapi kebarangkalian mati - termasuk mati pucuk, lebih awal dari mereka yang tidak merokok.

Tidak ada label di kotak rokok yang tertulis Merokok Menyihatkan Tubuh Badan.

Tidak ada kempen Mari Merokok atau Bulan Merokok macam kempen membaca.

Perokok tegar sanggup terus merokok pagi-pagi buta dengan masih belum cuci mata dan belum gosok gigi.

Tidak ada orang boleh kenyang semata-mata dengan merokok, mesti nak makan dan minum jugak.

Tidak ada orang jadi jutawan dengan hisap rokok, melainkan kalau dia jadi tauke syarikat rokok.

Thursday, July 03, 2008

New Nissan Sylphy


bila la aku boleh pakai ni..

Friday, June 27, 2008

1980's baby..

Polis Angkasa Gaban


Kesatria Baja Hitam


Airwolf


Knightrider

Thursday, June 26, 2008

Awak II..

Selepas kejadian tersebut, aku mendapati dia seperti frust sikit.

Yea la baru je nak KENAL tengok-tengok orang dah kawin. Beberapa hari aku memerhatikannya.. Walaupun dia cuba menyembunyikan perasaannya tapi aku masih boleh membaca apa yang tersirat dari raut wajahnya..

Baru semalam aku berselisih lagi dengan dia.. Dari sinar matanya dapat ku rasakan dia masih ingin mengenali diriku.. Namun dia sendiri tahu bahawa aku sudah berkahwin..

Aku juga kian meminati dirinya.. Ada rakan mencadangkan agar aku mengajak dia keluar.. Hmm... Entah lah.. From now on, I'm just acting like nothing happen..

Monday, June 23, 2008

Kursus Kajian Kepuasan Pelanggan Menggunakan SPSS

Hari ni aku menghadiri Kursus Kajian Kepuasan Pelanggan (Servqual) Menggunakan SPSS (Sejenis Perisian Database) di Institut Pengurusan Kesihatan. Dengan menggunakan laptop kat IPK ni, dapat la aku updated blog ni :)

Baru lepas minum pagi 10.30 tadi.. Lunch nanti makan apa yea..

Friday, June 20, 2008

Awak...

Hari tu seperti biasa aku datang bekerja.. Selepas punch card, aku pun masuk dan duduk di mejaku sambil menghadap komputer di jabatan tempat aku bertugas.. Selepas mengelamun beberapa ketika, aku mula menekan huruf-huruf di keaboard dan memeriksa e-mel..

Tak tahan dengan aircond hospital yang terlampau kuat, aku menarik langsir dan membuka tingkap.. Sekurang-kurangnya rasa sejuk aircond tu dapat dikurangkan sedikit..

Pukul 9 pagi.. Aku ke pejabat pentadbiran hospital atas satu urusan..

Balik dari pejabat aku mendapati ada seorang gadis berbaju kurung hijau sedang mencetak risalah menggunakan mesin riso milik jabatan tempatku bertugas..

"Eh, siapa pulak ni..". Hatiku tertanya-tanya.. "Ah biarlah.. Barangkali kerani baru Unit Kualiti atau Unit Pendidikan Lanjutan agaknya.. Biarlah dia..". Aku terus melakukan tugasan yang telah diamanahkan kepadaku..

Esoknya seperti biasa aku datang kerja.. Gadis semalam datang lagi ke jabatan tempat aku bertugas untuk menggunakan mesin riso.. Kali ini ku lihat dia bercakap-cakap dengan Jamal rakan sekerjaku..

Seperti biasa aku memeriksa e-mel kalau-kalau ada tugasan rasmi yang perlu diberi perhatian segera.. Selepas memeriksa e-mel aku meneruskan kerja-kerja semalam yang masih belum siap.. Semasa aku menggunakan komputer tersebut aku merasakan seperti gadis itu seolah-olah asyik menoleh dan memerhatikanku.. Maklumlah kedudukan mesin riso tu betul-betul di belakang tempat aku menggunakan komputer ini..

Rasa agak kurang selesa aku berpaling dan cuba memandang ke arahnya.. dan cepat-cepat Dia memalingkan mukanya ke arah lain.. Dalam hati ini pun berdetik.. "Ishh... Dia ni minat kat aku ke?".

Aku terus melakukan tugasanku dengan bantuan komputer.. Dia datang kepadaku meminta bantuan kerana mesin riso tiba-tiba berhenti mencetak.. Sambil bercakap-cakap dengannya aku memeriksa mesin riso yang terdapat di jabatanku itu.. Oh, rupa-rupanya ruang master yang telah digunakan telah penuh.. setelah mengosongkan ruang tersebut akhirnya mesin riso meneruskan tugasnya untuk mencetak kertas-kertas... Dia mengucapkan terima kasih kepadaku.. Dan aku menjawab sama-sama..

Dalam hatiku sudah berdetik sesuatu.. Ok jugak Dia ni..

Siap mencetak risalah-risalah yang diperlukan Dia pun balik ke jabatan tempat Dia bertugas..

Aku mendapat tahu dari Jamal bahawa Dia kerani baru di Unit Kualiti..

Selepas waktu rehat aku ke Unit Kualiti untuk membuat photostat memandangkan mesin photostat milik jabatanku telah rosak.. Mesin photostat Jabatan Pendidikan Lanjutan juga tidak dapat digunakan kerana telah kehabisan dakwat pencetak..

Aku mengucapkan terima kasih kepada jururawat yang bertugas di Unit Kualiti kerana membenarkan aku menggunakan mesin photostat..

Sekali aku terpandang gambar Dia di Carta Organisasi Unit Kualiti.. Aku bertanyakan jururawat di Unit Kualiti.. Ooo jadi Unit Kualiti sudah dapat kerani tetap menggantikan kerani sementara rupa-rupanya.. namanya Nurfadilah Hashim..

Hari ini aku datang lagi bertugas seperti biasa.. Dalam pukul 10 pagi lebih Dia datang dan meminta kepadaku untuk menggunakan komputer tengah yang aku selalu gunakan.. Dia nak pakai printer colour.. Aku cakap boleh, pakai lah sementara aku menggunakan komputer di sebelahnya..

Nak dijadikan cerita isteriku datang ke jabatan tempat aku bertugas.. Sambil berdiri di sebelahku isteriku bertanya rehat nanti nak makan kat mana..

Alamak.. Kantoilah aku.. Tahulah Dia yang aku dah kawin...

Bagi aku orangnya tidak lah cun sangat tapi sempoi la..

Kalau Dia (Nurfadilah Hashim) membaca apa yang aku taipkan ini.. Inginku katakan.. Bukan saya tak minat kat awak.. Tapi saya dah kawin..

Friday, June 13, 2008

Kereta & Motosikal milik aku


Proton Wira 1.5 1997


Honda C-70 1990


kereta dan motor milik aku buat masa ni..

Tuesday, June 10, 2008

Hari tu BERAS NAIK.. Kali Ni MINYAK pulak NAIK..

alahai Malaysia ohh Malaysia.. hari tu harga beras naik.. kali ni harga minyak pulak naik..



Kalau dulu (kenaikan lepas) isi penuh tank proton buruk aku tu baru RM76.80.. kali ini isi penuh tangki RM108.00..

alahai Malaysia ohh Malaysia..



Monday, June 02, 2008

My Previous Ancient Phone

1. Motorola PCN600



2. ERICSSON A1018S




3. Motorola T191




4. Nokia 3310




5. Panasonic GD55





kecik gila telepon ni..

Cubaan Posting Yang Pertama..

Alhamdulillah.. Berjaya!