Thursday, September 18, 2014
Saturday, September 29, 2012
Posting untuk yahoo group mahligai
Wednesday, September 26, 2012
Kewajaran Perlaksanaan AES
Mungkinkah ada di antara mereka yg diberi pengecualian (doktor, paramedik & jururawat yg bertugas atas panggilan (oncall) perlu sampai ke hospital dlm jangkamasa segera apabila berlaku kes kecemasan dan dipanggil).
* Lebuhraya diilhamkan & dicipta oleh Adolf Hitler
** Habis rim kereta penulis bengkok, alignment lari
Thursday, March 29, 2012
MY FULL/BUSY SCHEDULE THIS WEEK
Here my schedule for this week :
26 Mac 12 - Taklimat Program HIV/AIDS di Hotel Impian Morib
27 - 29 Mac 12 - Bengkel Projek QA/DSA Fasa 1, Program Kesihatan Awam Negeri Selangor di Hotel Concorde Inn, KLIA
30 Mac 12 - (Pagi) Mesyuarat Panel Penasihat K Kesihatan di PKD Hulu Selangor, (Petang) Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Selangor di Klang Exec Club.
31 Mac 12 - Majlis Taklimat Keselamatan Penduduk bersama Cif Inspektor J. Gurdial Singh (Balai Polis Rawang)
Tuesday, November 01, 2011
Super KIPS ZSR 150 Tahun 1997 untuk dijual
Bike SOLD! Thanks buyer from KLIA
Tuesday, February 23, 2010
Aku Nyaris Terlibat Dalam Kemalangan 18 Februari 2010
Di dashboard keretaku jam menunjukkan 7.16 pagi. Keretaku berada di lorong tengah, menanti lampu trafik bertukar dari merah kepada hijau. Di sebelah kiri aku, sebuah kereta jenis proton wira sedan berwarna coklat juga turut menunggu lampu trafik bertukar hijau.
Dengan tidak semena-mena tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dari belakang, serentak dengan itu kereta proton wira sedan berwarna coklat di sebelah kiri aku di hentam oleh sebuah kereta proton satria berwarna putih, seterusnya proton wira sedan berwarna coklat tersebut melanggar belakang kereta jenis chevrole sedan yang turut menanti lampu hijau..
Orang umah aku menggigil di dalam kereta dan anak aku yang berusia hampir 3 tahun itu berkata, “Ayah, motor jatuh!”
Aku mengagak kelajuan kereta satria berwarna putih tersebut sekitar 90 – 110km per jam.
Setelah tiada lagi bunyi dentuman kedengaran, seorang lelaki cina keluar dari satria berwarna putih tersebut. Adakah ia di bawah pengaruh alkohol atau sistem brek keretanya tidak berfungsi???
Tiada sesiapa yang tercedera. Namun ‘uncle’ berbangsa India yang memandu kereta chevrole sedan mengadu sakit dada (mungkin akibat terhentak ke steering) dan beliau mengatakan tidak apa-apa setelah aku bertanya adakah beliau setuju jika aku ingin membawanya ke hospital.
Tidak dapat dipastikan adakah kereta proton wira sedan ini juga turut terlibat dalam kemalangan. Jika pasti, kemalangan ini melibatkan 4 buah kereta dan sebuah motosikal.
Aku nyaris terlibat di dalam kemalangan pada pagi 18 Feb itu. Syukur kepada Allah kerana melindungi aku sekeluarga.
Gambar dari kamera telefon Samsung Omnia