Di dashboard keretaku jam menunjukkan 7.16 pagi. Keretaku berada di lorong tengah, menanti lampu trafik bertukar dari merah kepada hijau. Di sebelah kiri aku, sebuah kereta jenis proton wira sedan berwarna coklat juga turut menunggu lampu trafik bertukar hijau.
Dengan tidak semena-mena tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dari belakang, serentak dengan itu kereta proton wira sedan berwarna coklat di sebelah kiri aku di hentam oleh sebuah kereta proton satria berwarna putih, seterusnya proton wira sedan berwarna coklat tersebut melanggar belakang kereta jenis chevrole sedan yang turut menanti lampu hijau..
Orang umah aku menggigil di dalam kereta dan anak aku yang berusia hampir 3 tahun itu berkata, “Ayah, motor jatuh!”
Aku mengagak kelajuan kereta satria berwarna putih tersebut sekitar 90 – 110km per jam.
Setelah tiada lagi bunyi dentuman kedengaran, seorang lelaki cina keluar dari satria berwarna putih tersebut. Adakah ia di bawah pengaruh alkohol atau sistem brek keretanya tidak berfungsi???
Tiada sesiapa yang tercedera. Namun ‘uncle’ berbangsa India yang memandu kereta chevrole sedan mengadu sakit dada (mungkin akibat terhentak ke steering) dan beliau mengatakan tidak apa-apa setelah aku bertanya adakah beliau setuju jika aku ingin membawanya ke hospital.
Tidak dapat dipastikan adakah kereta proton wira sedan ini juga turut terlibat dalam kemalangan. Jika pasti, kemalangan ini melibatkan 4 buah kereta dan sebuah motosikal.
Aku nyaris terlibat di dalam kemalangan pada pagi 18 Feb itu. Syukur kepada Allah kerana melindungi aku sekeluarga.
Gambar dari kamera telefon Samsung Omnia