Wednesday, July 30, 2008
28 Julai - 1 Ogos 2008
Friday, July 18, 2008
Suatu hari di tahun 2002
“alamak, 15 minit lagi pukul 8.. Mie cepat bangun Mie, kita dah terlewat nak pergi kerja ni”. “Hoh, doh nak pukul 8 ko.. hei mung masuk bilik air dulu”, jerit teman serumahku dan sepantas kilat aku masuk bilik air dan terus mandi.
Selepas mandi ala kadar 3 cebuk air, aku pun segera keluar dan memberikan giliran bilik air kepada teman serumah ku itu. Dan aku pun terus memakai uniform kerja ku dan bergegas mencapai kunci motor kapchai aku tu.. “Mie cepat Mie”, jeritku mengingatkan teman serumahku sambil membuka kunci di bahagian depan motor.. sebaik sahaja enjin motor ku hidupkan, aku pun terus menunggang meninggalkan rumah flat Nuri menuju ke hospital tempat aku bekerja.
Sampai di hospital aku memasuki basement tempat parking kereta.. “Eh, kenapa tak banyak kereta parking kat sini hari ni”. Aku mula merasa hairan.
Aku berkejar naik ke aras 3 untuk mengetik kad perakam waktu. “Asslmkum kak” aku memberi salam kepada seorang kakak pengawal keselamatan yang menunggu di kaunter laluan masuk ke bilik bersalin. Dia menjawab salamku sambil memandangku.
Aku terus berkejar ke tempat mesin ‘punch card’. Sebaik sahaja melewati bahagian pejabat dan ‘main lobby’ aku terus kehairanan “Eh, kenapa semua klinik tutup hari ni?”
Tiba-tiba terlintas di fikiran ku “Eh, hari ni cuti ke?”
Aku mencapai telefon bimbit dan mula mendail nombor telefon teman serumah ku “Asslmkum Mie, hari ni cuti ke?” “Hoh, mung tunggu apo lagi.. Balik la..”.
Aku mula tersenyum sendirian “Laa.. hari ni cuti Nuzul Quran rupanya Ya Allah”.
Sebaik sahaja sampai di rumah kami masing-masing ketawa berdekah-dekah.
Kalau teringat aku pun mesti rasa nak ketawa :)
Friday, July 04, 2008
Rokok

Merokok bukanlah satu perbuatan yang bermanfaat.
Tidak ada orang ucap Bismillah sebelum hisap rokok dan ucapkan Alhamdulillah lepas habis hisap.
Tidak ada orang makan nasi dalam tandas, tetapi ramai orang merokok dalam tandas malah sambil..
Tidak ada perokok pasif yang
Perokok berbau wangi? Erk...
Perokok lelaki menghadapi kebarangkalian mati - termasuk mati pucuk, lebih awal dari mereka yang tidak merokok.
Tidak ada label di kotak rokok yang tertulis Merokok Menyihatkan Tubuh Badan.
Tidak ada kempen Mari Merokok atau Bulan Merokok macam kempen membaca.
Perokok tegar sanggup terus merokok pagi-pagi buta dengan masih belum cuci mata dan belum gosok gigi.
Tidak ada orang boleh kenyang semata-mata dengan merokok, mesti nak makan dan minum jugak.
Tidak ada orang jadi jutawan dengan hisap rokok, melainkan kalau dia jadi tauke syarikat rokok.